PRESS RELEASE

JEPUN BAWA MISI BESAR

Selepas menamatkan saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) edisi lalu di kedudukan
keempat, Jepun datang dengan misi lebih besar iaitu bergelar juara.
Menyedari misi itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan tetapi ia juga
tidaklah mustahil untuk dilakukan mereka.
Perkara itu ditegaskan pengurus pasukan, Takayasu Mizawa berkata pasukan
berkenaan kembali dibentuk selepas Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan
mereka menamatkan saingan dikedudukan ke-11 di temasya terbesar dunia
tersebut.
Jelasnya, pasukan kali ini dibarisi 12 pemain yang beraksi di kelayakan Sukan Olimpik
Paris di Valencia Januari lalu manakala lima pemain bakal membuat penampilan
pertama bersama pasukan tersebut.
“Ini adalah pasukan baharu yang dibentuk dengan gabungan pemain berpengalaman
dan muda. Lebih kurang 12 pemain yang beraksi di kelayakan Olimpik Valencia
berada dalam pasukan dan lima lagi (pemain berusia 18-20 tahun) akan membuat
penampilan kali pertama bersama skuad senior.
“Sasaran kami menjadi nombor satu di kejohanan ini tetapi saya sedar tidak mudah
untuk mencapainya,” katanya.
Untuk rekod, pada penentuan tempat ketiga dan keempat edisi ke-29 PSAS, Jepun
terpaksa akur dengan kekalahan 5-3 ditangan Pakistan.
Pasukan kali ini dibarisi empat pemain senior iaitu Manabu Yamashita,35, menjadi
pemain paling banyak membuat penampilan bersama Jepun dengan mengumpul 217
kaps.
Tiga lagi pemain senior yang berada dalam pasukan kali ini adalah Shota Yamada
yang mengumpul 145 kaps, Seren Tanaka (158) dan Takashi Yoshikawa (145).
Sementara itu, pada aksi persahabatan Jepun berjaya melakar kemenangan tipis 1-0
ke atas Kanada.